Rabu, 29 September 2010

SAJAK BAHASA KU

Bahasa KU,
Bahasa Ibundaku,
Terkenal Di Persada Dunia,
Kini Bahasaku Tergugat Statusnya,
Meminta Bangsaku Menjadi Pembela,

Dulu, Bahasa Menjadi Lambang Bangsaku,
Kini Bahasaku Telah Tersisih,
Pedagang Luar Datang, Membawa Bahasa Asing,
Dalam Bangsaku,

Bangsaku,
Bangunlah Dari Lena Pelukkanmu,
Perjuangkanlah Bahasa Ibundaku,
Berjuanglah Sepenuh Hati,
Sepenuh Jiwa,
Usah Menyerah Kalah Walau
Apa Terjadi,
Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata,

Kata Hang Tuah,
Takkan Melayu Hilang Di Dunia,
Renungkanlah Sejenak,
Musnah Bahasa , Punahlah Bangsa


 ( DISEDIAKAN OELH NAIM BIN AHMAD )

Ahad, 4 April 2010

MASALH SEORANG KAWAN DENGAN KAWAN.....

Aku mempunyai ramai kawan di sekolah, tidak kiralah sebaya umur dengan ku atau samada tidak, ada seorang kawan aku dalam kelas ini ... boleh dianggap kawan jugak, tapi tentang membuat tugasan kadang kala boleh diharap kepada kawan aku, kadang-kadang aku tidak boleh harap kepada dia kerana die iniseorang yang seperti patah perkatan ada mengatakan 'hidup segan, mati tak mau' . Bukanlah aku mahu mengatakan aku ini baik sangat, aku pun sama la seperti die, cuma die ini lagi teruk . Aku dah tak tahu nak kata apa kepada die kerana die adalah kawan aku, ada jugak aku ingin meluahkan isi hati ku terhadap beliau, tetapi kerana aku memikirkan die adalah kawan aku, jadi aku pendamkan perasan aku di dalam hati sahaja. Kawan aku ini hanya melepaskan tangan sahaja kerana bila guru memberi tugasan pembentangan die hanya berharap kepada aku sahaja. die hanya mengatakan.. ' weh ang buat no aq ni tak tau nak buat sebab aq tak ada buku..' itu sahaja yang die tahu katakan. tggu sambungan..........

Khamis, 25 Februari 2010

Sifat pelajar..

Kehidupan seseorang pelajar hanyalah belajar,belajar,belajar dan belajar.seseorang pelajar itu umpama mesin yang berjalan 24jam setiap hari, klu ia berhenti tidaklah jalan.. ia juga seperti seseorang pelajar, jika ia tidak mncari/menuntut ilmu itu, ia akan tidak akan mengetahui ilmu itu dengan lebih mendalam lagi.

seseorang pelajar itu perlu mentut ilmu itu pada setiap hari bak pepatah ada mengatakan 'menuntut lah ilmu itu sampai negeri China' boleh dikatakan ilmu ini ada setiap hari dimana - mana sahaja. hanya perlu usaha untuk mencari ilmu itu. Jika hanya menunuggu ilmu itu datang kepada seseorang pelajar itu bagaikan menunggu ayam jantan bertelur la..

seseorang itu perlu usaha untuk mencapai sasaran yang dia sasarkan untuk peribadi beliau.pandai-pandailah fikir jika nak hidup..........

Rabu, 11 November 2009


WARGA     SMKDJH

cerita ini tidak mengena kepada sesiapa yg hidup mahupun yg sudah tiada... ini hanya satu jenaka...

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Ahad, 1 November 2009

KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR...

Dalam hidup seorang pelajar ada suka dan duka,
ada masa gembira dan ada masa sedih..
kadang2 timbul juga marah dan benci kepada seseorang apabila dipersalahkan..
ini memang sudah asam garam bagi seorang yang bergelar diri sebagai pelajar..

Tapi seseorang pelajar itu akan menyesal apabila dia sudah habis di bangku sekolah..
dia akan teringan kata2 guru dulu semasa di bangku persekolahan ...
dan akan berasa menyesal kerana tidak dengar kata2 guru..

Sekolah memang menyeronokkan bagi seseoarang pelajar itu,
kerana seseorang pelajar itu akan mengigati kembali semasa waktu persekolahan dulu..
kenangan manis dan pahit ketika di bangku persekolahan dulu...
akan seseorang pelajar itu berasa kelakar...

Waktu sekolah seseorang pelajar itu bertemu kenalan ramai kawan..
dan di sekolah lah kita akan mengenali pelbagai2 ilmu yang diajar oleh guru2 di sekolah..
walau pun kadang kala seseorang pelajar itu merasa bosan kerana belajar..
tetapi di situlah kita akan mendapat pelbagai ilmu... dan kenangan manis di bangku persekolahan...

sekian dulu...

Sabtu, 31 Oktober 2009

NAMPAK KUAT AGAMA TAPI MASUK NERAKA..

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.








Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.







Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.



Tidakkah kita selalu membaca hadis:



“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Pendusta Agama



Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati.



Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya:



“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).



Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran.





Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr).



Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id:



“Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).



Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w:



“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Khawarij



Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.



Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:



“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.



Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).



Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.







Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.



Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:



“Mereka itu berucap dengan ucapan s

DIPETIK DARI FB Dr. Asri Zainul Abidin